September 18, 2021

Perjalanan sebagai pesakit Covid-19

Tidak pernah dibayangkan apabila didapati diri disahkan positif untuk Covid-19. Tapi tiada kata yang dapat dikeluarkan kerana semua ini terjadi tanpa disadang kehadirannya. Segala macam cara dah dibuat dan diikuti bagi mengelakkan diri daripada terkena Covid-19 tapi malangnya kena juga. Yang paling menyedihkan, kita tak tahu dari mana kita dapat sebab SOP kita ikut, bila keluar cuma apabila pergi ke tempat kerja dan membeli barangan dapur sahaja... itu pun berhampiran dengan rumah. Tapi hanya disebabkan demam, sakit tekak, selsema yang berlanjutan sehingga hilangnya deria bau mengubah segalanya... 

05/09/2021(Ahad)

Saya mula tidak selesa dibahagian tekak apabila pada malam sebelumnya saya mendapati tidak dapat tidur kerana tekak saya berasa kering sehingga menyebabkan saya batuk. Jadi pada Ahad, saya mula minum air lebih daripada biasa kerana tekak saya terasa gatal dan sakit sehingga tidak dapat makan makanan yang kering. Oleh itu, saya hanya mampu makan nasi bubur tapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja disebabkan tekak saya sakit.

 

06/09/2021(Isnin)

Selepas sakit tekak, hari ini saya mula batuk.. tetapi saya masih pergi ke tempat kerja kerana saya tidak menjangkakan... ini adalah satu lagi petanda penyakit Covid-19, tetapi nasiblah tiada rakan sekerja yang datang disebabkan BDR. Pada waktu malam, saya mula demam dimana suhu mencapai 37.1 dan keadaan pada masa itu memang tidak bermaya. Selera makan memang dah berkurangan... makanan yang dapat diterima pada masa ini hanyalah bubur sahaja tetapi bubur pun bubur yang simple dimana cuma dicampur dengan garam sahaja. Kalau berminyak memang batuk tak berhentilah. Buah yang manis macam Rambutan memang dah keluar dari keperluan... Sebab itu makanan yang berminyak dan manis memang tidak boleh langsung. Tetapi mulai hari ini saya mula minum air panas bercampur dengan lemon dan madu, air panas tu memang tak campur langsung dengan air sejuk, jadi bila diminum air panas yang bercampur dengan lemon dan madu, adalah rasa tekak tu ok tapi masih sakit bila menelan.

 

07/09/2021(Selasa) - 09/09/2021(Khamis)

Batuk dan selsema mula melanda dengan lebih teruk sehingga kesukaran untuk bernafas apabila saya berbaring jadi pada waktu malam bila nak tido tu, untuk pertama kalinya saya tido dalam keadaan duduk.... dalam keadaan duduk je saya dapat bernafas biarpun sebelah hidung sahaja. Bahkan pada masa ini air memang tidak boleh kurang daripada 2 botol (saiz 1 liter)  dan gula gula woods adalah satu keperluan bagi menangani batuk pada waktu tido.  Selera makan masih tidak membantu sebab hanya dapat makan bubur kosong sahaja tidak bercampur dengan daging( kalau tak digoreng cuma campak dalam bubur boleh tapi tak nak menyusahkan mak sebab mak pun tengah sakit)

 10 - 11/09/2021(Jumaat - Sabtu)

Hari ini deria rasa kurang dan yang lebih teruk deria bau memang hilang, kalau orang kentut depan muka pun tak tahu sebab tak dapat hidu langsung pada masa itu. Selepas itu kitorang bercadang hendak ke Indoor Stadium, sebab kakak ipar terpaksa pulang kerja disebabkan ada batuk dan demam, maka boss tempat kakak ipar saya berkerja suruh swab test.Jadi pada hari ini, kitorang pergi ke Indoor Stadium tapi disebabkan agak lewat maka abang terpaksa turun sekali lagi esok. Pada mulanya, frontliner yang in-charge pendaftaran  tidak mahu menerima jika tiada simptom, akan tetapi kami berkeras mengatakan bahawa kami memang sudah demam teruk dan hilang deria bau barulah mereka menerima. Apabila diswab test menggunakan RTK, saya mendapati bahawa saya positif diikuti oleh adik, bapa dan kakak ipar saya. Akan tetapi, ibu saya negatif(nasib baik ada orang jaga anak buah saya), maka bermulanya mendapat gelang putih dan surat kuarantin sehingga 16/09/2021. Maka dirumah, semua yang positif terpaksa mengasingkan diri daripada ibu dan anak buah dimana kami yang positif terpaksa tinggal di atas dan yg negatif itu berada di bawah. 

Pada masa ini, kami akan dipanggil oleh pihak KKM untuk pendaftaran diri dan pihak doktor akan call untuk interview sikitlah maklumat diri dan memberitahu untuk ke Indoor Stadium sekali lagi bagi penyeliaan kesihatan dengan doktor yang bertugas disana.

12/09/2021 - 17/09/21

Selepas pemeriksaan di Indoor Stadium, saya dan bapa terpaksa dikuarantin di ILKKM, disebabkan ada masalah kesihatan oleh itu kami perlu berada berdekatan dengan hospital jika ada apa-apa masalah kesihatan yang berlaku sepanjang kami kuarantin. Adik saya terpaksa kuarantin di Kolej Laila Taib kerana dia lebih stabil dari segi kesihatan. Sepanjang kami dikuarantin di ILKKM. aktiviti yang dibuat sama saja... kami diberi makan sebanyak tiga kali sehari iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam, dan saringan kesihatan akan dibuat 2 kali sehari iaitu pada pukul 8 pagi dan 8 malam. Untuk saringan kesihatan, mereka akan memeriksaan tahap oksigen dalam badan, tekanan darah dan suhu badan. Jika sepanjang kuarantin tahap kesihatan adalah baik, maka untuk keluar dari pusat kuantin akan dikurangkan dan boleh sambung kuantin di rumah. Maka saya dan bapa saya dapat menyambung kuarantin dirumah selepas berada selama 6 hari di pusat kuarantin. Di pusat Kuarantin, jika mahu membeli makanan dari luar atau ada saudara mahu menghantar barang kepada kita di pusat kuarantin... boleh, tidak ada masalah cuma mereka tidak boleh menghantar terus kepada kita. Apa yang kita boleh buat, kita beri alamat dan no telephone dan menghantar barang tersebut ke security ditempat kita dikuarantin dan mereka akan menghantar ke tempat kita dikuarantin. Bagi yang mahu membeli makanan secara food panda, boleh tiada masalah cuma pembayaran secara online sahaja dibenarkan... 

18-19/09/2021

Untuk dua hari ini, saya cuma berada dirumah sahaja, biarpun saya telah bebas dari gelang dimana pada hari kami discharge dari ILKKM, doktor mengatakan bahawa saya dan bapa saya boleh potong gelang dan memberitahu bahawa kami tidak perlu risau akan mendapat covid-19 lagi kerana bagi kami yang dah positif, selama 3 bulan kami tidak akan dijangkiti covid-19....

 

Untuk makluman semua, saya ada terdengar beberapa orang saudara mengatakan jika didapati ada simptom covid-19... dia berharap jangan membuat ujian swab test.. takut dihantar ke hospital dan mereka akan memberikan suntikan untuk tidur dan mati selepas ditidurkan. Dalam hal ini, sebagai seorang yang telah disahkan pesakit covid-19, jika anda hanya disahkan positif covid-19... jangan takut untuk membuat pemeriksaan, kerana jika anda dihantar ke Pusat Kuarantin, itu hanyalah untuk mereka observe tahap kesihatan... mereka tidak memberi sebarang ubat sepanjang anda berada di Pusat Kuarantin malah ubat yang anda makan hanyalah ubat yang anda bawa dari rumah.. kecuali ubat anda tidak mencukupi baru boleh minta kepada doktor....Sebab kalau kamu ada darah tinggi, kencing manis, asma... kamu memang perlu makan kan.. kalau tidak kamu bukan mati sebab covid-19 tapi disebabkan penyakit darah tinggi, kencing manis, jantung atau asma.

 Pusat Kuarantin ini tidak sama dengan hospital, jika anda mempunyai masalah pernafasan iaitu category 3 hingga 4.. barulah  mereka hantar ke ward hospital bagi mendapatkan oksigen... mereka tidak akan memberi suntikan untuk ditidurkan jika tahap oksigen bagus sebab saya ada kakak saudara yang terpaksa dimasukkan ke hospital sebab tahap oksigen dia rendah tetapi apabila oksigen dia mulai stabil, dia sudah boleh discharge dari hospital dan ditempatkan sama ada di pusat kuarantin ataupun dikuarantin di rumah... jika suntikan untuk ditidurkan itu diberi, ini bermaksud dia tidak mampu lagi mendapatkan oksigen dengan sendiri dan bergantung sepenuhnya dengan mesin oksigen. Sebab itu, suntikan vaksin itu penting, kerana jika anda dijangkiti Covid-19, paling teruk yang akan anda kena adalah Categori 2 iaitu bergejala sahaja... Dimana saya berada di categori 2 disebabkan demam, selsema, sakit tekak dan hilang deria bau. Jadi saya memohon, jika ada yang belum mendapatkan vaksin... tolonglah dapatkan untuk keselamatan diri....

June 7, 2009

A friendship rose for you!

This rose is a symbol of our friendship
and signifies how important
you are to me.

May your days
always be blessed
with happiness and love.

Take a moment and
share this roses with
the special friends in your life.

June 6, 2009

Tension!!!!!!!!

Tension nye aku..... gaji tak keluar lagi...... geram nye aku...... nak tunggu gaji keluar macam nak tunggu duit berjuta ringgit...... oh ya.... gaji yang aku maksud bukannya gaji tetapku sekarang tapi gaji mase aku jadi guru penganti dulu......

dengar kate warrant dah keluar tapi gaji tak masuk-masuk pun...... ingatkan gaji yang keluar tu untuk gaji dari bulan 10 & 11 2008 hingga bulan 4 tetapi mengikut kate auntyku.... sampai bulan 3 aje.... terpaksa tunggu untuk bulan 4.... entah tak tahu bilalah gaji bulan 4 tu nak masuk.... kalau gaji bulan 10 & 11 2008 pun tak masuk-masuk lagi.....

cuba bayangkan kalau korang yang berada dalam situasi kite...... macam mane korang rase..... ingin rasenye nak saman..... tapi aku sabar aje.... mane tahu rezekiku bertambah.......

May 1, 2009

Petua penjagaan mulut bagi kanak-kanak

Siapa kata kanak-kanak tidak perlukan penjagaan mulut yang rapi..... disini saya sertakan tips untuk penjagaan mulut kanak-kanak.

1. Sebelum kanak-kanak mencapai usia lapan hingga sembilan tahun, ibu bapa perlu membantu memberus giig setiap hari.

2. Pilih ubat gigi yang mengandungi fluorida rendah kerana kanak-kanak bawah enam tahun ada kemungkinan menelan air liur mereka ketika memberus gigi.

3. ibu bapa boleh mendidik anak mereka menggunakan flos untuk membersihkan makanan di celah-celah gigi.

4. periksa gigi anak-anak anda dan dapatkan pemeriksaan doktor gigi.

5. jika gigi anak anda gugur, rendamkan di dalam susu atau air sejuk dan segera ke klinik gigi supaya gigi tersebut boleh ditanam semula

Petua Penjagaan mulut bagi orang dewasa

Bila bercakap tentang penjagaan gigi, kita sentiasa tertanya-tanya...... bagaimana petua hendak menjaga gigi, sedangkan kita sentiasa melakukan semua cara-cara untuk menjaga gigi..... apakah 3 cara penjagaan gigi yang patut kita ikut? Berikut ialah 3 cara yang boleh kita ikut....

1. Memberus gigi dengan ubat berfluorida.
sekurang-kurangnya dua kali sehari

2. diikuti membersih gigi dengan menggunakan flos.

3. diakhiri dengan menggunakan ubat kumur